<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/19558830?origin\x3dhttp://parkour-mfr.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, May 10, 2007

Salam alaik..

Not feelin' good.. ehk. exam in 10 days. Dear heart, jgn lah buat perangai skrg~ k? =) anyway, here's my malay karangan, time pre u 2 dulu. Cikgu kasi tajok "Peristiwa yang membuatkan aku tidak tidur sepanjang malam". But then, ntah dah kenapa ntah dgn bdk2 lelaki, the 8 of us setuju nk TRY buat romance story.. ergh? but tk menjadi lah semua.. haha. So we tried to karang... and this is wat I wrote.. jgn ketawa lah~

Kisah ni tkde kene mengena ngan yg hidop mau pon yg mati, kalau ade pon, secara tk disengajakan lah.. heh.

Oh yah, btw, i got the highest mark among the guys, lolness~!



Peristiwa yang membuatkan aku tidak tidur sepanjang malam.


"Kring... kring... kring..." bunyi jam yang menunjukkan pukul lima pagi. Liat sungguh aku nak bangun. Hari ini Hari Isnin, dan seperti biasa aku harus bersiap untuk ke sekolah. Hai, malasnya. Ibuku mula berteriak memanggilku dan menyuruhku bangun. Lalu aku bergegas ke bilik mandi.

Selepas solat Subuh, aku memakai stokinku, mengambil beg dan meminta izin ibuku untuk ke sekolah. Tiba di stesen MRT, aku singgah ke tandas sebentar untuk membetulkan pakaianku. Setelah selesai, aku keluar dan menuju ke platform MRT. Aku naik dari Stesen MRT Yew Tee dan perlu bertukar di Jurong East untuk sampai ke sekolahku. Setibanya aku di Jurong East, aku duduk sebentar sementara menunggu MRT tiba. Secara tidak sengaja, aku terpandang seorang gadis memakai seragam madrasahnya. "Eh! dialah.. si dia!" bisik hatiku. Gadis ayu dengan cara jalannya yang sopan dan wajahnya yang manis, putih berseri, sungguh menawan hati. Dia lalu didepanku menuju ke arah rakan sekolahnya. Dengan senyuman manisnya dia bersalaman dengan rakannya itu. Aduh.. berdegap-degup jantungku melihat keayuannya. "Sudahlah Fakhrur, janganlah kau nak berangan bersamanya..." fikirku. MRT pun kemudian tiba dan semua orang menaikinya.

Di sekolah, aku seperti biasa belajar, berbual dan bergurau bersama teman-teman dan rakan-rakan sekelasku. Cuma kadangkala aku termenung jauh melamun entah ke mana, mengkhayalkan gadis ayu yang aku terserempak tadi. Sungguh tidak dapat aku fahami keadaan ini. Siapalah agaknya gerangan gadis tersebut?

Pada pukul dua tepat, aku berangkat dari sekolahku untuk pulang ke rumah. Aku bersama kawan sedarjahku yang tinggal berdekatan denganku sering pulang bersama. Pada hari itu, tiada pula ramai pelajar sekolahku yang menaiki MRT bersama kami. Setelah MRT sampai kami pun naik. Alangkah terperanjatnya aku bila ternampak gadis yang aku jumpa pagi tadi berada di depan pintu sebelah kami. Aku menjadi tidak tentu arah yang lalu membuat kawanku itu kehairanan."Oi! apa kena dengan kau ni?!" tanyanya. Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah gadis itu. Kawanku pun turut memandangnya lalu tersenyum tanda faham. Aku memerhatikan gadis itu seolah-olah tiada siapa di sekeliling kami. Dia bersama rakannya sedang berbual mesra. Tiba-tiba, secara tidak sengaja matanya bertemu mataku. Lantas aku terus mengalihkan pandanganku ke arah lain. Perlahan-lahan aku melihat wajahnya yang berseri itu sekali lagi. Tidak aku sangkakan, buat kali kedua mata kami bertmbung lagi. Ah! Malunya aku! kawanku tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Aku pula tunduk, menahan malu.

Satu demi satu stesen kami lepasi. Tiba di Stesen Raffles Place, kawanku perlu turun kerana ada hal katanya. Aku tidak menanyakan apa-apa kerana fikiranku sedang bercelaru. Tinggallah aku seorang diri tidak berteman. Aku tidak berani memandang ke arah gadis itu lagi, entah dia masih ada atau tidak pun, aku tidak tahu. Sedang aku termenung melihat ke arah lantai, aku terserempak seorang yang berkasut putih berhenti di depanku. Aku mendongakkan sikit kepalaku lalu terlihat baju kurung putih. Aku teruskan lagi mendongak ke atas hingga dapat melihat wajah orang tersebut. Aku terdiam kaku sambil merenung tajam ke matanya. Dia tersenyum lalu menghulurkan sepucuk surat berwarna merah jambu. Setelah aku menghulur tanganku dan mengambil surat itu, dia terus jalan, keluar dari MRT. Aku masih kaku, beku dan terdiam di tempat duduk ku.

Orang yang memberikan surat itu ialah gadis ayu yang aku jumpa pagi dan sebentar tadi. Hatiku berdebar-debar. Fikiranku bertambah runsing. Aku hairan dan pelik. Oh! apakah maksudnya semua ini?! Aku masih belum punya keberanian untuk membaca surat tersebut.

Setibanya aku dirumah, hati dan otak ku masih tidak tenang. Aku menyalin pakaian sekolahku dan mandi. Perasaan yang tidak tenteram ini amat menggangguku. Aku tidak dapat lagi menanggung keadaan ni. Aku mengambil surat merah jambu yang diberi tadi dan meletakkannya di atas meja depanku. Aku berbelah bagi, patutkah aku membaca surat itu? Apa kandungannya? Kenapa dia memberiku? Ah! kalau aku terus begini, aku tidak akan kemana. Aku menarik nafas panjang dan membuka surat itu.

Berdebar-debar jantungku. Perlahan-lahan, lipatan demi lipatan, aku membuka surat itu. Aku membacanya dengan teliti. Tulisannya kecil dan tersusun, membuatku khusyuk membaca. Setelah selesai, aku menghembus nafas lega. Rupa-rupanya gadis itu mahu berkenalan denganku dengan alasan supaya kami dapat saling bertukar pendapat antara satu sama lain dalam hal pelajran. Alangkah bahagianya aku, impian dan khayalan ku kini sudah menjadi nyata. Aku tersengeh sendirian seperti orang gila.

Aku tidak melepaskan surat itu dari tanganku. Kemana-mana aku jalan, aku membawanya bersamaku. Aku membaca surat itu berulang-ulang kali, namun masih tidak puas. Sampailah ke tengah malam, aku hanya duduk dikatilku memikirkan wajah gadis yang ku perlihatkan tadi. Sungguh tidak ku sangka semuanya ini terjadi. Aku cuba melelapkan mataku, tapi masih tidak lena. Aku pandang ke arah dinding, hah!! sudah pukul empat pagi?!! aku tidak perasan. Masa berjalan begitu pantas. Rasa mengantok pun tidak. Masa untuk siap ke sekolah pun hampir tiba. Hai... apalah nak jadi dengan diriku ini. Tak pernah aku tidak tidur satu malam seperti ini.

Jam menunjukkan pukul lima pagi. Aku masih lagi terjaga. Ibuku seperti biasa sudah mula bertiriak dari dapur untuk mengejutkanku. Padahal, aku tidak tidur. hehe..

Ape senyum2??? =P



profile


Congratulation! You're the
Counting...!
person to log in!

tagboard


links
Athifah | Atiqah | Fika | Hannah | Herman | Huda | Ilyana | Inah | Jamilah | Khadijah | Khai | Khaider | Liyana | Luklu ulhamdiyah | Maaz | Nadiah Quwais | Nurfarahin | Nurjannah | Siitee | Syahfyqah | Syazmi | Syurahbil | Zafyrah |

Islamic Links
Muis | Saifulislam | Terjemahan Quran | TubeIslam | Quran Flash | Wake Up Project| Zaharuddin.net |

Information Links
TED | Youtube |

Other Personal links
PERKEMAS | Yahoo! Groups | Yahoo! Mail |
credits
designer:X codes:X image:X brushes:X

rewind
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
September 2007
December 2007
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
February 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011

Welcome!